Logo ini direka menggunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan menggunakan
huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada
masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif
juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman
dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga
diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua
bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan
roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran
dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua
peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Huruf
‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan
pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat
pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisme
dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan.
Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan
yang berkualiti dan berilmu mulia.
RPT KSSR CEFR 2018
6 years ago