SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
TEL/FAX : 09-9285617

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Paloh 3 berasal dari sebuah bangunan sementara yang dibangunkan oleh pihak KESEDAR yang meneroka kawasan Paloh 3 ini pada Tahun 1981. Pada bulan Februari 1982, sekolah ini mula dibuka dengan enam orang pelajar yang diambil bertugas. Mereka terdiri daripada kakitangan KESEDAR serta isteri-isteri peneroka yang mempunyai latar belakang pendidikan formal. Pada mulanya, sekolah ini diletakkan di bawah Sekolah Kebangsaan Laloh sebagai cawangannya. Pada waktu itu, segala proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara kelas cantum iaitu satu, dua, tiga, empat, lima dan enam. Segala pengajaran dan pembelajaran serba kekurangan dari segi peralatan dan kemudahan-kemudahan yang lain. Murid-murid di sekolah pada masa itu adalah seramai 40 orang sahaja.
            Tahun 1983 sekolah ini menjadi cawangan kepada Sekolah Kebangsaan Paloh 1 & 2, Gua Musang. Pada masa ini pun pembelajaran masih dalam kelas cantum lagi. Tahun 1984, JPN Kelantan telah menghantar seorang Guru Besar yang bernama En. Hussain b Adam Kamil. En. Samsudin b Abdullah pula sebagai Penolong Kanan, En. Fauzi b Yusuf sebagai tenaga pengajar bidang agama Islam, dua orang isteri peneroka sebagai guru sandaran dan dua orang guru perempuan sebagai guru tetap dan terlatih. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. PPDL pertama diadakan iaitu mendapat anugerah daripada pihak JPN kerana mendapat keputusan cemerlang keseluruhan (78.9%).
            Tahun 1988 dihantar pula seorang Guru Besar yang bernama En. Othman bin Yaakub yang berasal daripada Pasir Mas. Bersama-sama itu sepuluh orang guru terlatih dan tidak terlatih juga dihantar berkhidmat di sini. Proses Pengajaran dan Pembelajaran juga dijalankan di rumah peneroka kerana kelas tidak mencukupi. Pada Tahun 1989, Guru Besar sekolah ini digantikan dengan En. Mohamed bin Yaakub yang berasal dari Kota Bharu. 15 orang guru juga dihantar  bagi melicinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini.
            Pada Tahun 1990 barulah sekolah ini dapat mengadakan pengajaran dan pembelajaran di bangunan baru sehinggalah sekarang. En. Mohamed bin Yaakub telah bersara pada tahun 1992 dan digantikan dengan En. Zuhaimi bin Zakaria yang berasal dari Pasir Mas sebagai Guru Besar di sekolah ini. Seramai 22 orang guru terlatih juga dihantar bersama dengan empat orang staf sokongan. Pertukaran Guru Besar berlaku lagi pada Tahun 1995 yang mana En. Ghani bin Abdullah telah dihantar ke sini. Beliau berasal dari Tumpat dan merupakan Guru Besar yang pertama lama berkhidmat iaitu selama sepuluh tahun di sekolah ini. Kelas-kelas telah lengkap iaitu sebanyak 12 kelas (Tahun 1 hingga 6). Guru seramai 23 orang juga telah dihantar beserta seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Staf sokongan seramai empat orang juga telah dihantar bagi melicinkan perjalanan pentadbiran di sekolah.
            Pada Tahun 2005 En. Mohd Pauzi b Yusof  dari Kota Bharu menggantikan En. Ghani b Abdullah. Keramaian guru pada masa kini masih sama. Kelangsungan perkhidmatannya hanya hingga 2006. Tanggal November 2006, Tuan Haji Md Aziz b Mohd Noor yang berasal dari Ketereh telah menjadi Guru Besar di sini. Guru pula seramai 26 orang dan kakitangan sokongan 6 orang. Pada Mac 2008 Tuan Hj Aziz b Md Noor digantikan pula oleh Puan Hjh Mas Kelsom bt Awang Lah. Beliau berasal dari Palekbang Tumpat. Beliau merupakan Guru Besar perempuan pertama di sekolah ini. Keramaian guru tetap sama iaitu 26 orang dan 6 orang kakitangan. Pada Tahun 2010 Guru Besar baru pula bertandang ke sekolah ini. Nama beliau ialah En. Mazlan Bin Zakaria. Beliau berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Mula berkhidmat di sekolah ini pada bulan  Oktober 2010 dan bertukar ke sekolah Pak Awang di Pasir Puteh. Perkhidmatan beliau di sekolah ini hanya bertahan selama setahun sahaja. Di zaman beliau kami semua menduduki bangunan baru yang siap dibina pada Tahun 2011. Kami mula menduduki bangunan ini pada bulan Mei 2011. Menjelang 2012 SK Paloh 3 didatangi oleh Guru Besar baharu dari Bachok Kelantan. Beliau  bernama Abdul Rahman b Hassan dan berpindah balik ke Bachok pada Julai 2013. Bermula Julai 2013 sehingga sekarang SK Paloh 3 diterajui oleh seorang guru besar yang baharu iaitu En. Nik Hashim Bin Nik Daud.  Begitulah silih bergantinya guru besar di sekolah ini. Namun mereka mempunyai matlamat dan arah tuju yang sama iaitu membawa perubahan pada sekolah ini. Peningkatan UPSR di sekolah ini menampakkan hasilnya walaupun pergerakan kecemerlangan sangat perlahan. Pada Tahun 2008, 2 orang murid mendapat 5A dan menurun pada Tahun 2009 seorang sahaja yang mendapat 5A. Manakala pada Tahun 2010 seramai 2 orang mendapat 5A dan 3 orang pada Tahun 2011 dan 2012. Ianya menjadi pemangkin kepada semua penduduk Paloh 3 yang sentiasa sanggup bersama-sama membawa kejayaan kepada anak masing-masing.
Senarai Guru Besar SK Paloh 3

Bil       Nama Guru Besar                                        Tempoh
1          En. Hussain b Adam Kamil                           1984 – 1987
2          En. Othman bin Yaakub                                1988 – 1989
3          En. Mohamed bin Yaakub                             1989 – 1992
4          En. Zuhaimi bin Zakaria                                1992 – 1995
5          En. Ghani bin Abdullah                                 1995 – 2005
6          En. Mohd Pauzi b Yusof                               2006 – 2006
7          Tuan Haji Md Aziz b Mohd Noor        Nov 2006 – Mac 2008
8          Puan Hjh Mas Kelsom bt Awang Lah  Mac 2008-Oktober 2010
9          En. Mazlan Bin Zakaria                  Oktober 2010 – Mac 2012
10        En. Abdul Rahman b Hassan                Mac 2012 – Sept.2013
11        En. Nik Hashim Nik Daud                    Sept.2013 - 
12.       En. Khairul Azuwan Bin Che Kasim
13.       Puan Masnita Binti Haji Abdul Razak
14.        En Mohd Jailani Bin Abdullah