SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
TEL/FAX : 09-9285617

Wednesday, January 8, 2014

Kemasukan Prestasi Murid Ke Dalam SPPBS


Kementerian Pendidikan Malaysia dengan merujuk surat KP.LP.002.03.01.6.Jld.3 (42) telah membincangkan isu berkaitan pelaksanaan SPPBS dan membuat keputusan bahawa Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan beroperasi melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2014 bagi perkara-perkara berikut:
  • Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2013 untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Sekolah Rendah.
  •  Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2013 untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Sekolah Menengah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pentaksiran PS tahun 2014 untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Sekolah Rendah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PAJSK tahun 2014 untuk Tahun 4 Sekolah Rendah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PS dan PAJSK tahun 2014 untuk Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Sekolah Menengah.