SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
TEL/FAX : 09-9285617

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Di Kawasan Tapak Perhimpunan Utama SK Paloh 3

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Dewan Utama SK Paloh 3 ~ Dewan Sri Kantan ~

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Kawasan Padang Utama SK Paloh 3

Sunday, December 29, 2013

Tarikh UPSR




Tarikh UPSR 
Surat siaran yang dikeluarkan telah memaklumkan tentang tarikh Peperiksaan Awam bagi Tahun 2014 yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh Peperiksaan Awam ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2014 adalah seperti berikut


PEPERIKSAAN
TARIKH
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 
( Ulangan )
9 hingga 12 Jun 2014
Ujian Lisan STAM
7 hingga 17 Julai 2014
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 
( UPSR )
9 hingga 11 September 2014
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
 ( STAM )
13, 15, 20 dan 21 Oktober 2014
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
 ( SPM )
3 November hingga 2 Disember

Sunday, December 22, 2013

Gaji Permulaan Tinggi PhD dan Sarjana

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

-- BERNAMA 

Ketua Pengarah Pelajaran Baharu

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran baharu menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, yang tamat kontrak pada Sabtu lepas (7 Disember).

Sebelum ke pelantikan baharu yang berkuat kuasa 8 Disember itu, Khair adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki Khair dalam bidang pengurusan serta pembangunan pendidikan. 

"Saya percaya ciri-ciri yang dimiliki Khair akan membolehkan beliau menerajui kepimpinan dan melaksanakan tugas Ketua Pengarah Pelajaran dengan cekap, telus dan berkesan untuk mencapai matlamat pendidikan negara," katanya.

Ali turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap segala sumbangan dan khidmat bakti Abd Ghafar sepanjang beliau memegang jawatan itu.

Khair, 57, merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Teknikal dari Universiti Manchester, United Kingdom; Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Institut Teknologi Bolton, Amerika Syarikat.

Khair, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 30 tahun, dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada 1 Ogos 1982.

Sepanjang perkhidmatannya, Khair memegang pelbagai jawatan penting termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. - BERNAMA


Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia






Logo ini direka menggunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan menggunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Huruf ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisme dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

Friday, December 13, 2013

Cara Lajukan PC

Bagaimana meningkatkan keupayaan Laptop atau PC anda ?

1 . Kesesuaian Random Access Memory ( RAM )

Pengguna sedia maklum kapasiti RAM menentukan kelancaran desktop anda . Tugasnya yang menjadi perumah simpanan sementara apabila desktop berfungsi dan bekerja . Oleh itu , sesuaikan dengan keadaan . Jika anda ingin prestasi lancar untuk ' kerja berat " , tambah RAM ke slot desktop anda . 2GB mungkin mencukupi untuk kerja - kerja biasa tetapi kini jika dengan 8GB RAM adalah cukup baik dan sesuai untuk prestasi unggul .

2 . Hapuskan spyware

Asasnya , Spyware akan mengumpul maklumat peribadi anda tanpa kebenaran . Serangan ini berisiko tinggi mendedahkan anda kepada kebocoran maklumat . Selain daripada kebimbangan privasi , spyware turut boleh menjejaskan prestasi komputer anda . Untuk memerangi spyware , anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan imbasan keselamatan PC dari Windows Live OneCare . Imbasan ini adalah perkhidmatan percuma yang membantu menyemak dan membuang virus .

3 . Fail DLL berlebihan

Selepas anda menghapuskan perisian yang pernah dipasang , beberapa jenis fail DLL perlu dihapuskan daripada sistem pemacu . Ia sudah tidak perlu digunakan oleh Windows lagi . Anda perlu ' membersihkan ' daripada sistem sebelum ia mengambil alih bilik kosong dan mengisi tempat kosong di RAM anda . Apabila bertambah serius , respons desktop akan perlahan kerana kekurangan RAM .

4 . Laraskan kesan visual

Fungsinya boleh dilumpuhkan jika anda ingin desktop kembali pada skala asal . Anda boleh mengoptimumkan prestasi dengan menukar cara menu dan windows muncul . Selain itu , anda juga boleh membuat pilihan untuk memilih mana yang tidak perlu satu persatu atau pun membiarkan Windows desktop anda melakukannya secara automatik .

5 . Bebaskan ruang pemacu

Aplikasi Disk Cleanup membantu anda untuk membebaskan ruang pada pemacu keras anda untuk meningkatkan prestasi desktop . Ia akan mengenal pasti fail yang anda boleh padam dengan selamat serta kemudiannya turut membolehkan anda untuk memilih sama ada untuk memadam sebahagian atau kesemua fail yang dikenal pasti .

6 . Kad grafik

Mempunyai kad grafik yang baik adalah syarat penting bagi yang gila ' games ' . Butiran yang ditawarkan memberikan pengalaman kelancaran serta benar - benar membantu . Apabila grafik anda tidak bersesuaian , itulah yang menyebabkan visual tersekat - sekat serta desktop ' hang ' . Anda perlu menyemak keperluan sistem permainan dan mencari kad grafik yang bersesuaian serta memenuhi keperluan sistem .

7 . Laraskan tetapan kuasa

Menukar tetapan yang berkaitan dengan kuasa supaya komputer anda bermula dari tetapan menjimatkan tenaga dengan lebih cekap . Selain itu , sesuaikan penggunaan bateri untuk komputer mudah alih .

8 . Optimumkan Registry

Biasanya apabila desktop anda mengalami beberapa kesilapan atau pun mula tidak lancar , anda perlu optimumkan Registry anda terlebih dahulu . Registry tanpa sedar ditakrifkan memberi impak yang besar kerana mengandungi data yang tidak boleh diabaikan serta parameter pemacu peranti , program perisian dan sistem anda . Selain itu , ia juga mengoperasi sistem boots dan perintah lain .

9 . Menutup Wireless Internet dan Bluetooth

Jika anda tidak menggunakan internet atau Bluetooth , mempertimbangkan untuk offkan perkakasan tersebut untuk menjimatkan sumber .

10 . Mengurus program mula ( permulaan )

Beberapa program akan bermula secara automatik apabila anda membuka Windows . Maklumat , apabila terlalu banyak program yang dibuka pada masa yang sama ia akan menyebabkan desktop anda bekerja dengan perlahan . Untuk melumpuhkan program ini daripada permulaan dan meningkatkan prestasi , gunakan Windows Defender .

11 . Bersihkan paparan desktop

Kadang kala sikap terburu - buru membawa padah . Tidak perlu memenuhkan paparan desktop anda dengan ikon pintasan , fail atau dokumen yang dirasakan akan menjimatkan masa . Lupakan sahaja kerana ia menyebabkan desktop anda menggunakan lebih banyak memori dan akhirnya menjadi beban . Memanfaatkan folder ' My Documents ' dan bersihkan paparan desktop . Anda akan melihat peningkatan dalam prestasi .

12 . Laraskan pilihan pengindeksan

Pilihan pengindeksan boleh membantu anda mencari apa yang anda mahu dengan cepat dan mudah pada desktop anda . Anda boleh mencari dengan lebih berkesan apabila memfokuskan carian anda dengan tumpuan kepada fail - fail dan folder yang anda biasa gunakan .

13 . Mengesan dan membaiki ralat cakera

Di samping bertindak dengan melakukan Disk Cleanup dan Disk Defragmenter untuk mengoptimumkan prestasi komputer anda , ada alternatif lain yang turut berkesan menambah prestasi dengan boleh menyemak integriti fail yang disimpan pada pemacu keras anda dengan menjalankan utiliti Error Checking . Utiliti Error Checking mengimbas pemacu keras untuk sektor lama dan mengimbas kesilapan sistem fail untuk melihat sama ada fail atau folder tertentu yang tidak kena pada tempatnya .

14 . Kosongkan Recyle Bin

Apabila anda memadamkan sesuatu , ia secara automatik akan terus dibuang ke Recyle Bin . Ada sesetengah pengguna yang terlepas pandang sehingga beribu - ribu fail , folder , imej , video tersimpan di dalamnya . Mungkin di luar jangkaan tetapi kapasiti storan turut terjejas . Ambil langkah berjaga - jaga untuk hapuskan langsung fail lapuk yang sudah pasti tidak bermanfaat lagi .

15 . Belajar tentang ReadyBoost

Jika anda menggunakan Windows 7 atau Windows Vista , anda boleh menggunakan ReadyBoost untuk mempercepatkan sistem anda . Satu konsep baru dalam menambah ingatan kepada satu sistem , ia membolehkan anda menggunakan pemacu flash USB atau memori kad untuk meningkatkan prestasi tanpa menambah memori tambahan .

16 . Buang bunyi kejadian

Jika anda melumpuhkan untuk terus menggunakan bunyi ' kejadian ' , operasi desktop anda sekurang - kuranya akan lebih stabil dengan prestasi sedikit lancar dengan kebarangkalian untuk desktop anda ' hang ' kurang .

17 . Matikan Indeks Perkhidmatan Carian

Aplikasi ringkas perkhidmatan pengindeksan membantu mengelaskan dan mengemas kini senarai semua fail pada komputer . Ia membantu anda untuk melakukan carian untuk sesuatu yang lebih cepat kerana ia mengimbas senarai indeks . Tetapi jika anda tahu di mana fail anda , anda boleh melumpuhkan sistem perkhidmatan ini . Ia tidak akan melakukan sebarang kemudaratan kepada anda sebaliknya mengurangkan bebanan desktop .

18 . Defrag pemacu

Terbaik untuk strategi jangka panjang , Desktop anda akan bekerja pada prestasi puncak , Usah khuatir untuk menjadikan tabiat defrag windows pada pemacu keras anda . Ini akan membantu untuk mendapatkan fail anda yang dianjurkan pada pemacu keras sebenar yang pastinya memberikan kesan positif .

19 . Nyahpasang program tidak berguna

Apabila terlalu banyak program yang dipasang , anda mungkin tidak memerlukannya dalam kehidupan seharian sebenarnya . Jika anda pasti tidak menggunakan perisian dan tidak akan ada sebarang rancangan untuk menggunakannya pada masa hadapan , anda boleh nyahpasang untuk membebaskan ruang pemacu keras dan sumber .

20 . Kosongkan Prefetch cache

Untuk memperbaiki masa yang diperlukan ketika muat turun program , Windows meneka fail yang mungkin diperlukan bersebelahan dan memuatkannya ke dalam kolam atau ' cache ' . Padam mana yang tidak perlu . Cache akan cepat diisi semula dengan pautan dan fail Windows yang benar - benar perlu . Hasilnya , sistem anda akan berasa lebih responsif dan mendapat manfaat daripada peningkatan prestasi PC .

21 . Resolusi skrin

Perlu tetapkan resolusi skrin pada tahap 15 bit atau 16 bit untuk kedua - dua kelajuan dan memori penjimatan . Apabila berkeinginan untuk bermain ' games ' dan lain - lain tugasan khas yang memberikan resolusi yang lebih baik , tetapkan tahap yang lebih tinggi.

Selamat Mencuba.

Wednesday, December 11, 2013


 

Pada 24-25 November 2013, Sekolah Kebangsaan Paloh 3 telah mencatat sejarah tersendiri apabila telah terpilih mewakili negeri Kelantan dalam pertandingan "Digital Story Telling 2013" bertempat di MBO Cinemas Citta Mall, Petaling Jaya, Selangor. Pertandingan ini disertai oleh 3 orang pelajar iaitu Adik Imran Rosli, Adik Putri Zafirah Intan Balqis dan Adik Nurul Azzaimah Fitri di samping guru pengiring iaitu Cikgu Mohd Fairuz dan Cikgu Muhammad Ridhuan.


SECEBIS KENANGAN




HARI GURU 2011

 

1M1S 2011



PIBG 2011



MAULIDUR RASUL 2012



HARI GURU 2012



SUKAN TAHUNAN KALI KE-17, 2012



Senamrobik 1M1S1Malaysia 2012