SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
TEL/FAX : 09-9285617

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Di Kawasan Tapak Perhimpunan Utama SK Paloh 3

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Dewan Utama SK Paloh 3 ~ Dewan Sri Kantan ~

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Kawasan Padang Utama SK Paloh 3

Sunday, December 29, 2013

Tarikh UPSR




Tarikh UPSR 
Surat siaran yang dikeluarkan telah memaklumkan tentang tarikh Peperiksaan Awam bagi Tahun 2014 yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh Peperiksaan Awam ini telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2014 adalah seperti berikut


PEPERIKSAAN
TARIKH
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 
( Ulangan )
9 hingga 12 Jun 2014
Ujian Lisan STAM
7 hingga 17 Julai 2014
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 
( UPSR )
9 hingga 11 September 2014
SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA
 ( STAM )
13, 15, 20 dan 21 Oktober 2014
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
 ( SPM )
3 November hingga 2 Disember

Sunday, December 22, 2013

Gaji Permulaan Tinggi PhD dan Sarjana

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan yang lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata 33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan, dan kemudiannya memperoleh kelulusan akademik tersebut, beliau berkata kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji (HKG).

"Ini adalah khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya kepada soalan Senator Baharudin Abu Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini Isnin.

Teks jawapan Najib dibaca oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berhubung soalan mengenai langkah pemberian insentif khas kerajaan kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat PhD dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.

Selain itu, Najib berkata Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai yang layak bagi urusan kenaikan pangkat berdasarkan sistem merit.

"Pegawai yang mempunyai PhD mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.

"Sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai dinaikkan pangkat melalui Laluan Cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk PhD dan pengalaman yang dimiliki," katanya.

Najib berkata wajaran yang akan pegawai penilai berikan ialah 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan.

-- BERNAMA 

Ketua Pengarah Pelajaran Baharu

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran baharu menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, yang tamat kontrak pada Sabtu lepas (7 Disember).

Sebelum ke pelantikan baharu yang berkuat kuasa 8 Disember itu, Khair adalah Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan).

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu dibuat berdasarkan ciri kepimpinan, kelayakan, pengalaman dan kompetensi yang dimiliki Khair dalam bidang pengurusan serta pembangunan pendidikan. 

"Saya percaya ciri-ciri yang dimiliki Khair akan membolehkan beliau menerajui kepimpinan dan melaksanakan tugas Ketua Pengarah Pelajaran dengan cekap, telus dan berkesan untuk mencapai matlamat pendidikan negara," katanya.

Ali turut merakamkan penghargaan kerajaan terhadap segala sumbangan dan khidmat bakti Abd Ghafar sepanjang beliau memegang jawatan itu.

Khair, 57, merupakan lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pendidikan Teknikal dari Universiti Manchester, United Kingdom; Ijazah Sarjana Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Institut Teknologi Bolton, Amerika Syarikat.

Khair, yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam lebih 30 tahun, dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah pada 1 Ogos 1982.

Sepanjang perkhidmatannya, Khair memegang pelbagai jawatan penting termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. - BERNAMA