SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
TEL/FAX : 09-9285617

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Pintu Utama Hadapan Sekolah

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Di Kawasan Tapak Perhimpunan Utama SK Paloh 3

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Dewan Utama SK Paloh 3 ~ Dewan Sri Kantan ~

Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Paloh 3

Pemandangan Kawasan Padang Utama SK Paloh 3

Sunday, March 17, 2013

KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ZON 5





 KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN ZON 5  









Pada 16 Mac  2013, Pasukan Bola Sepak SK Paloh 3  di bawah pimpinan Cikgu Farod Bin Mohd Nor -Jurulatih Pasukan Bola Sepak  Sekolah  telah mengikuti satu perlawanan Bola Sepak peringkat Zon 5 yang di adakan di SK Chalil. Penyertaan sekolah-sekolah yang terlibat adalah SK Paloh 1 & 2 , SK Paloh 3, SK Chalil dan SK Lebir. Setiap sekolah menghantar 1 pasukan kecuali SK Paloh 1 & 2 menghantar dua pasukan.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Johan                     : SK Paloh 1 &2 (A)
Naib Johan            : SK Paloh 3
Ke - 3                     : SK Chalil
Ke - 4                     : SK Lebir

SKP3 VS SK CHALIL                 ( 0-0 )
SKP3 VS SK PALOH 1 & 2 B     ( 4-0 )
SKP3 VS SK PALOH 1&2  A      ( 0-0 )
SKP3 VS SK LEBIR                     ( 3-1 )

Alhamdulillah , Sekolah ini mendapat tempat kedua, dimana terdapat 5 orang pelajar sekolah ini terpilih untuk mewakili Zon 5 ke Pertandingan Peringkat Daerah yang akan diadakan pada 18 Mac nanti.

Jutaan terima kasih kepada Semua Guru dan Kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam melatih pelajar tersebut.

 

Wednesday, February 20, 2013

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK




 PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK 
SK PALOH 3 VS SK PERASU






















Pada 20 FEBRUARI 2013, Pasukan Bola Sepak SK Paloh 3  di bawah pimpinan Cikgu Farod Bin Mohd Nor -Jurulatih Pasukan Bola Sepak  Sekolah Kebangsaan Paloh 3 telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan SK Perasu.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut :

Johan                     : SK Perasu
Naib Johan            : SK Paloh 3



SK Paloh 3 Menghadiahkan satu gol ( gol sendiri ) untuk SK Perasu. Keputusan penuh 0-1 ( 0- SK Paloh )

Jutaan terima kasih kepada Semua Guru dan Kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

 

Thursday, January 31, 2013

Sambutan Maulidul Rasul 2013




MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

 

31 JANUARI 2013





Pada 31 Januari 2013, Panitia Agama Islam di bawah pimpinan Ustazah Haryati Binti Mohemd Yin dan Ko Kurikulum Sekolah Kebangsaan Paloh 3 telah mengadakan satu Majlis Sambutan Maulidul Rasul bagi tahun 2013.

Beberapa aktiviti telah diadakan, antara aktiviti yang utamanya ialah Pertandingan Perarakan mengelilingi kampung Paloh 3, Pertandingan Perarakan ini meluputi sepanduk dan disiplin  : Kedudukan pertandingan adalah seperti berikut :

Tempat Pertama   : 5 Gemilang
Tempat Kedua      : 6 Gemilang
Tempat Ketiga      : 3 Gemilang


Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Paloh 3, iaitu En. Abdul Rahman Bin Hassan.
Jutaan terima kasih kepada Semua Guru dan Kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.