SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
TEL/FAX : 09-9285617

Thursday, January 31, 2013

Sambutan Maulidul Rasul 2013




MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH

 

31 JANUARI 2013





Pada 31 Januari 2013, Panitia Agama Islam di bawah pimpinan Ustazah Haryati Binti Mohemd Yin dan Ko Kurikulum Sekolah Kebangsaan Paloh 3 telah mengadakan satu Majlis Sambutan Maulidul Rasul bagi tahun 2013.

Beberapa aktiviti telah diadakan, antara aktiviti yang utamanya ialah Pertandingan Perarakan mengelilingi kampung Paloh 3, Pertandingan Perarakan ini meluputi sepanduk dan disiplin  : Kedudukan pertandingan adalah seperti berikut :

Tempat Pertama   : 5 Gemilang
Tempat Kedua      : 6 Gemilang
Tempat Ketiga      : 3 Gemilang


Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Paloh 3, iaitu En. Abdul Rahman Bin Hassan.
Jutaan terima kasih kepada Semua Guru dan Kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.