SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH TIGA
18300 GUA MUSANG
KELANTAN
TEL/FAX : 09-9285617

Monday, January 28, 2013

WANG PENDAHULUAN RM 100



MAJLIS PENGAGIHAN WANG PENDAHULUAN PERSEKOLAHAN  2013

 

23 JANUARI 2013





Pada 23 Januari 2013, Sekolah Kebangsaan Paloh 3 telah mengadakan satu Majlis Pengagihan Wang Pendahuluan RM 100 kepada ibu bapa pelajar pada tahun ini.

Seramai 160 orang Ibu Bapa hadir ke Majlis tersebut.Di mana ia melibatkan kesemua Ibu Bapa pelajar yang berada di sekolah ini iaitu seramai 244 Orang pelajar.
Majlis ini dirasmikan oleh Tok Pengawa kawasan Paloh 3, iaitu Che Mod Bin Mat Nawi. Pada perancangan asalnya perasmian ini akan diadakan oleh Dato' Nozula Hj Mat Diah, namun berikutan beliau ada masalah, beliau telah menggantikan Tok Penggawa Paloh yang merasmikannya. Turut hadir dalam majlis tersebut Ustaz Sukeri Bin Ibrahim , Pen,PPD Kokurikulum Gua Musang mewakili Pegai Pelajaran Daerah .Encik Zakaria Bin Mamat dan JKKK Paloh 3 serta Imam Masjid Paloh 3.
Jutaan terima kasih kepada Semua Guru dan Kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.